Bahagian Audit Dalam UPM Terlibat Didalam Pelaksanaan SAIV Universiti Malaysia Kelantan | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » Bahagian Audit Dalam UPM Terlibat Didalam Pelaksanaan SAIV Universiti Malaysia Kelantan

Bahagian Audit Dalam UPM Terlibat Didalam Pelaksanaan SAIV Universiti Malaysia Kelantan

Bahagian Audit Dalam UPM Terlibat Didalam Pelaksanaan SAIV Universiti Malaysia Kelantan

 

Ogos 2019- Bahagian Audit Dalam Universiti Malaysia Universiti Putra Malaysia dan Unit Audit Dalam Universiti Malaysia Terengganu telah selesai melaksanakan penilaian luar ke atas aktiviti audit dalam di Unit Audit Dalam Universiti Malaysia Kelantan. Penilaian luar melalui kaedah Self Assessment With Independent External Validation (SAIV)  telah dilaksanakan antara 26-29 Ogos 2019 di Universiti Malaysia Kelantan. Penilaian tersebut telah dilaksanakan oleh:-

  1. Zainora Abdul Talib (Ketua Audit Dalam UPM) -     Ketua Penilai
  2. Madya Dr Zalailah Salleh (Ketua Audit Dalam UMK) -   Penolong Penilai
  • En Sharul Azman Ramli             -  Penolong Penilai

 

Tujuan penilaian dijalankan adalah bagi memastikan aktiviti Unit Audit Dalam UMK adalah mematuhi  International Profesional Practice Framework (IPPF-Standards) dan Kod Etika yang dikeluarkan oleh The Institute of Internal Auditors (IIA). Standard 1312 IPPF menyatakan, penilaian luar hendaklah dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 5 tahun. Penilaian luar boleh dilaksanakan melalui 2 kaedah seperti berikut:-

  1. Full external assessment; atau
  2. Self Assessment With Independent External Validation (SAIV)

 

SAIV melibatkan proses proses validasi keatas penilaian kendiri yang telah dilaksankan oleh Unit Audit Dalam UMK. Proses validasi melibatkan proses semakan dokumen, benchmarking dan temubual dengan Pengerusi Jawatankuasa Audit UMK, Naib Canselor UMK, Bendahari UMK dan kakitangan Unit Audit Dalam UMK.

 

Pelaksanaan penilaian luar mampu membantu organisasi mengenalpasti peluang-peluang penambahbaikkan seterusnya meletakkan Audit Dalam Universiti Awam pada satu tahap yang lebih baik dan memenuhi standard pengauditan antarabangsa.

Tarikh Input: 27/09/2019 | Kemaskini: 27/09/2019 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEUOA0~