BAHAGIAN AUDIT DALAM SELESAI MENJALANI AUDIT DALAMAN ISO 9001:2015 | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » BAHAGIAN AUDIT DALAM SELESAI MENJALANI AUDIT DALAMAN ISO 9001:2015

BAHAGIAN AUDIT DALAM SELESAI MENJALANI AUDIT DALAMAN ISO 9001:2015

Berita disediakan Oleh : Pn. Balqis Binti Md Ruslan

 

Serdang 23 Mei 2022 - Bahagian Audit Dalam telah selesai menjalani Audit Dalam Sistem Pengurusan Kualiti (QMS ISO 9001:2015) di bawah entiti Pejabat Naib Canselor. Semakan telah dijalankan oleh Puan Norlida Zamberi dari Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat dan En. Mohd Nazry Hisham dari Pejabat Naib Canselor.

 

 

Semakan dibuat adalah berdasarkan Standard MS ISO 9001:2015. Skop semakan adalah bagi tahun 2021 sehingga tempoh semasa semakan dibuat. Kaedah semakan dibuat melalui semakan dokumen (Review), pemerhatian pelaksanaan (Observe), Pengujian (Test) dan temubual (Interview). Hasil semakan ini telah dibentangkan di Mesyuarat Penutupan Audit Dalaman PTJ pada 26 Mei 2022 secara atas talian yang melibatkan beberapa entiti di bawah Pejabat Naib Canselor.

Secara keseluruhannya, hasil daripada semakan yang dibuat di Bahagian Audit Dalam, tiada penemuan ketidakpatuhan atau peluang penambahbaikkan dilaporkan. Semasa mesyuarat tersebut pasukan Juruaudit telah melaporkan beberapa amalan baik yang telah digunapakai di Bahagian Audit Dalam yang boleh diamalkan di Pusat Tanggungjawab lain seperti amalan ikrar aku janji tahunan bagi meningkatkan integriti pekerja, adaptasi tugasan dengan amalan norma baharu dan penggunaan dashboard perakam waktu dan charging hours bagi memantau tugasan.

 

Ketua Bahagian Audit Dalam, Pn. Zainora Abdul Talib merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pasukan Juruaudit yang terlibat dan semua pekerja Bahagian Audit Dalam yang terlibat semasa semakan audit dalaman di Bahagian Audit Dalam.

Tarikh Input: 30/05/2022 | Kemaskini: 30/05/2022 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEUVAZ~