BAHAGIAN AUDIT DALAM SELESAI MENJALANI AUDIT DALAMAN ISO 9001:2015 | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » BAHAGIAN AUDIT DALAM SELESAI MENJALANI AUDIT DALAMAN ISO 9001:2015

BAHAGIAN AUDIT DALAM SELESAI MENJALANI AUDIT DALAMAN ISO 9001:2015

Oleh : Mohd Faiz Suparman

 

Serdang 20 April 2021 - Bahagian Audit Dalam telah selesai menjalani Audit Dalam Sistem Pengurusan Kualiti (QMS ISO 9001:2015) di bawah entiti Pejabat Naib Canselor. Semakan telah dijalankan oleh Puan Noraihan Noordin dari Pusat Antarabangsa dan Puan Askina Aziz dari Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat.

Semakan dibuat adalah berdasarkan Standard MS ISO 9001:2015. Skop semakan adalah bagi tahun 2020 sehingga tempoh semasa semakan dibuat. Kaedah semakan dibuat melalui semakan dokumen (Review), pemerhatian pelaksanaan (Observe), Pengujian (Test) dan temubual (Interview).

Hasil semakan ini telah dibentangkan di Mesyuarat Penutupan Audit Dalaman PTJ pada 26 April 2021 secara atas talian yang melibatkan beberapa entiti dibawah Pejabat Naib Canselor.

Secara keseluruhannya hasil daripada semakan yang dibuat di Bahagian Audit Dalam, tiada penemuan ketidak patuhan atau peluang penambahbaikkan dilaporkan. Semasa mesyuarat tersebut pasukan Juruaudit telah melaporkan beberapa amalan baik yang telah digunapakai di Bahagian Audit Dalam yang boleh diamalkan di Pusat Tanggungjawab lain seperti  amalan ikrar aku janji tahunan bagi meningkatkan integriti pekerja, adaptasi tugasan dengan amalan norma baharu dan penggunaan dashboard perakam waktu dan charging hours bagi memantau tugasan.

 

 Ketua Bahagian Audit Dalam, Pn Zainora Abdul Talib merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pasukan Juruaudit yang terlibat dan semua pekerja Bahagian  Audit Dalam yang terlibat semasa semakan audit dalaman di Bahagian Audit Dalam.

Tarikh Input: 04/05/2021 | Kemaskini: 19/05/2021 | faiz_suparman

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXESLAH~