BAHAGIAN AUDIT DALAM KOMITED MENGEKALKAN SIJIL MS ISO 9001:2015 | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » BAHAGIAN AUDIT DALAM KOMITED MENGEKALKAN SIJIL MS ISO 9001:2015

BAHAGIAN AUDIT DALAM KOMITED MENGEKALKAN SIJIL MS ISO 9001:2015

Serdang, 5 Feb – Bahagian Audit Dalam komited dalam usaha bagi mengekalkan Pensijilan MS ISO 9001: 2015.

Komitmen ini telah diterjemahkan melalui penglibatan staf Audit Dalam dalam beberapa siri program yang dianjurkan oleh CQA sebagai langkah persediaan menghadapi Audit Pensijilan Semula bulan Mei 2018 akan datang. Antara program yang telah disertai adalah Program Kesedaran ISO MS ISO 9001:2015 yang diadakan pada 19 Januari 2018 dan Bengkel Semakan dan Pengemaskinian Dokumen QMS pada 25-26 Januari 2018. Selain penyertaan sebagai peserta, seorang staf Audit Dalam juga telah dilantik sebagai Fasilitator QMS 901:2015 bagi membantu Universiti mengekalkan pensijilan pada tahun ini.

Program yang akan datang adalah latihan kepada Juruaudit Dalam (8-9 Februari 2018) dan semakan kendiri di Bahagian Audit Dalam pada 19-27 Februari 2018. Semoga dengan usaha ini Bahagian Audit Dalam lebih bersedia dalam menghadapi Audit Dalaman QMS pada 2-5 April dan seterusnya cemerlang dalam Audit Pengekalan Pensijilan oleh SIRIM pada 8-24 Mei 2018. In syaallah.

Tarikh Input: 07/02/2018 | Kemaskini: 09/10/2018 | muhammad.isam

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXDcRAj~