Serdang, 29 Mac 2019 – Bahagian Audit Dalam telah melaksanakan Audit Kendiri Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) 9001:2015 pada 29 Mac 2019. Audit kendiri ini adalah sebagai persiapan menghadapi Audit Dalam dibawah Entiti Pejabat Naib Canselor UPM pada 8 – 12 April 2019. Semua pekerja Bahagian Audit Dalam terlibat dengan audit kendiri ini. Matlamat utama adalah memastikan setiap tugasan yang dilakukan mengikut prosedur dan peraturan supaya ianya dapat dilaksanakan dengan baik.
Pembahagian skop tugasan dan juruaudit bagi audit kendiri Bahagian Audit Dalam adalah seperti berikut:
Bil |
Skop Pengauditan |
Ketua |
Ahli |
1. |
Pengurusan |
Pn. Farah Hanim Roslan
|
1. En. Wan Muhd Isam 2. Pn. Nor Anidah 3. En. Mohd Nasarudin 4. Pn. Noraini 5. Cik Shariffah Hazirah |
2. |
Pentadbiran |
||
3. |
Kewangan |
En. Sharul Azman Ramli |
1. En. Mohd Faiz 2. Pn. Nur Miera 3. En. Mohd Azis 4. Pn. Marziati 5.Pn. Nor Asyikin 6. Pn Nurul Ezani |
4. |
Pengauditan |
1. Pembahagian tugas sebelum Audit Kendiri dijalankan
2. Pn. Marziati menyemak Fail Audit
3. Pn. Nor Asyikin Menyemak Fail Kewangan
Majlis penutupan Audit Kendiri diadakan pada 29 Mac 2019 jam 4.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Bahagian Audit Dalam.
Rujukan serta panduan semakan prosedur ISO boleh disemak melalui Laman Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) UPM (http://reg.upm.edu.my/eISO/).
*AUDIT KENDIRI QMS ISO 9001:2015*
*BAHAGIAN AUDIT DALAM*
*2019*
Tarikh Input: 16/05/2019 | Kemaskini: 24/05/2019 | muhammad.isam
Tingkat 2,
Blok F, Bangunan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi(SPE),
Jalan Persiaran Tulang Daing,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang.