AMALAN BERKUALITI BERTERUSAN MENINGKATKAN KEBERKESANAN OPERASI | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» BERITA » AMALAN BERKUALITI BERTERUSAN MENINGKATKAN KEBERKESANAN OPERASI

AMALAN BERKUALITI BERTERUSAN MENINGKATKAN KEBERKESANAN OPERASI

Serdang, 22 Ogos 2019 – Bahagian Audit Dalam masih mengekalkan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S di tempat kerja dan sekali lagi menghantar penyertaan dalam pertandingan sempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM tahun 2019. Sehubungan itu, pemeriksaan peer audit oleh penilai luar telah dilaksanakan pada 22 Ogos 2019 (Khamis).

 

Penilai luar yang dipilih untuk menilai persekitaran berkualiti yang diamalkan oleh Bahagian Audit Dalam adalah En. Fahrul Asmady dari Fakulti Kejuruteraan. Penilaian ini merupakan salah satu kriteria yang perlu dipenuhi bagi melayakkan untuk berada dalam senarai pendek PTJ yang akan diadili pada peringkat akhir pertandingan 5S pada HKIP.

 

Penilaian yang dilakukan meliputi keseluruhan kawasan pejabat yang dibahagikan kepada 4 zon dan melibatkan semua pekerja yang mewakili zon masing-masing. 

 

Semua pekerja Bahagian Audit Dalam telah memberikan kerjasama dan usaha yang terbaik dalam memastikan pejabat sentiasa mengekalkan amalan persekitaran yang kondusif dan berkualiti. Diharapkan usaha ini memberi impak yang positif kepada produktiviti para pekerja dan  pengurusan organisasi keseluruhannya. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.

 

 

Berita disediakan oleh Pn Farah Hanim Roslan

Tarikh Input: 06/09/2019 | Kemaskini: 06/09/2019 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXETRAW~