Prinsip Dan Objektif Perolehan Kerajaan | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» ARTIKEL » Prinsip dan Objektif Perolehan Kerajaan

Prinsip dan Objektif Perolehan Kerajaan

Prinsip dan Objektif Perolehan Kerajaan

                      

Perolehan Kerajaan hendaklah dirancang dan ditentukan dengan teliti supaya perolehan dibuat dengan cara yang paling menguntungkan, memenuhi keperluan, spesifikasi dan diperolehi dalam tempoh yang ditetapkan. Perolehan Kerajaan boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu perolehan kerja, bekalan dan perkhidmatan. Setiap agensi hendaklah membuat perancangan perolehan tahunan dan perolehan hendaklah dibuat mengikut kaedah, had dan bidang kuasa yang ditetapkan.  

 

Prinsip Perolehan

 

Setiap perolehan hendaklah dibuat berdasarkan amalan tadbir urus yang baik (good governance practice) dengan memenuhi prinsip-prinsip perolehan Kerajaan seperti berikut:-

  1. Akauntabiliti Awam

Urusan perolehan yang diamanahkan hendaklah dilaksanakan secara bertanggungjawab dengan mengikut dasar dan peraturan yang ditetapkan.

 

  1. Diuruskan Secara Telus

Semua dasar, peraturan dan proses perolehan yang dilaksanakan hendaklah jelas, diketahui dan difahami umum serta mengikut dasar dan peraturan yang ditetapkan.

 

  • Nilai faedah Yang Terbaik

Pengurusan perolehan hendaklah memberi pulangan yang terbaik bagi setiap ringgit yang dibelanjakan.

 

  1. Saingan Terbuka

Proses perolehan hendaklah memberi pulangan terbuka kepada semua pihak yang layak bersaing.

 

  1. Adil dan Saksama

Sesuatu perolehan itu hendaklah dipelawa, diproses dan dipertimbangkan dengan adil dan saksama berasaskan dasar dan peraturan yang ditetapkan.

 

Objektif Perolehan

 

Antara objektif perolehan kerajaan pula adalah seperti berikut:-

  1. Pengurusan wang awam secara cekap, berkesan dan paling menguntungkan bagi mencapai matlamat perolehan.
  2. Menjana ekonomi negara dan mewujudkan peluang pekerjaan.
  • Menggalakkan pertumbuhan industry tempatan dan penggunaan sumber tempatan.
  1. Menggalakkan dan meningkatkan inovasi dan daya saing negara.
  2. Membangun,mengembang dan memindahkan teknologi yang bersesuaian dengan kehendak semasa sector industry negara.
  3. Mencapai objektif sosio ekonomi Bumipetera.
  • Pemangkin usaha ransangan ekonomi.

 

 

 

Rujukan:

  1. Pekeliling Perbendaharaan Malaysia
  2. Peraturan Kewangan dan Perakaunan Universiti Putra Malaysia

 

Artikel disediakan oleh : En. Sharul Azman Ramli

Tarikh Input: 27/09/2019 | Kemaskini: 14/10/2019 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 1346
03-9769 6176
WVMBLAV:11:22