Mempertingkatkan Tadbir Urus Sektor Awam | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» ARTIKEL » Mempertingkatkan Tadbir Urus Sektor Awam

Mempertingkatkan Tadbir Urus Sektor Awam

Rujukan: Garis Panduan Mempertingkatkan Tadbir Urus Dalam Sektor Awam

Artikel disediakan oleh : En. Sharul Azman Ramli

 

Tadbir urus sektor awam sentiasa menjadi perhatian semua pihak berkepentingan termasuk ahli politik, pelabur dan rakyat. Oleh itu usaha untuk mempertingkat dan memperkukuh tadbir urus sektor awam perlu dilaksanakan secara berterusan bagi meningkatkan keyakinan semua pihak berkepentingan.

Bagi melaksanakan usaha untuk  menginstitusikan prinsip dan amalan tadbir urus yang terbaik dalam sektor awam, Ketua Setiuasaha Negara telah mengeluarkan Garis Panduan Bagi Mempertingkatkan Tadbir Urus Dalam Sektor Awam pada 9 Mac 2007.

Tadbir Urus didefinasikan sebagai cara atau sistem mentadbir, mengurus, mengawal selia dasar, fungsi atau perjalanan sesebuah perbadanan, syarikat dan sebagainya (Kamus DBP). Manakala di dalam konteks Sektor Awam tadbir urus terbaik merangkumi 3 perkara utama iaitu:-

  1. Tatacara pelaksanaan tanggungjawab secara telus, berakauntabiliti dan berhemat dari segi pengambilan keputusan dan penyampaian hasil bagi semua peringkat pengurusan;
  2. Struktur, termasuk budaya, dasar, dan strategi serta tatacara berurusan dengan pelbagai pihak berkepentingan; dan
  3. Proses bagaimana agensi awam diarah, dikawal dan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan objektif seperti yang telah dipersetujui.

 

Fokus Tadbir Urus Sektor Awam

 

Tadbir urus yang terbaik perlu memberikan fokus kepada 2 aspek utama iaitu:-

 

1) Prestasi Penyampaian Perkhidmatan

Aspek kritikal di dalam penyampaian perkhidmatan sektor awam. Sektor awam perlu memastikan penyampaian perkhidmatan dilaksanakan secara cekap dan berkesan seperti yang diharapkan oleh pihak berkepentingan, value for money dan pengurangan pembaziran sumber/dana; dan

 

2) Pematuhan Undang-undang

Setiap agensi perlu mematuhi undang-undang, peraturan, piawaian, mengamalkan sikap jujur, akauntabiliti, integriti dan ketelusan.

 

Prinsip Teras tadbir Urus

 

Prinsip Tadbir Urus terbaik adalah berteraskan kepada 4 prinsip seperti berikut:-

 

1) Integriti

Setiap penjawat awam perlu sentiasa dilihat mempunyai tahap integriti yang tinggi dalam melaksanakan tugas

2) Akauntabiliti

Setiap agensi berkewajipan memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu perkara kepada sesiapa yang berhak berkaitan tugas dan fungsinya.

3) Pengamanahan dan Pengawasan

Pegawai Kerajaan adalah pemegang amanah bagi tanggungjawab yang diberi. Tanggungjawab ini juga perlu diberi pengawasan yang bersesuaian.

4) Ketelusan

Tanggungjawab hendaklah dilaksanakan secara telus bagi mempertingatkan keyakinan kepada orang awam dan pihak berkepentingan.

Usaha bagi mempertingkatkan tadbir urus sektor awam hendaklah dilaksanakan secara berterusan bagi menyemai dan meningkatkan keyakinan rakyat kepada keupayaan pihak Kerajaan untuk melaksanakan dasar dan mengekalkan akauntailiti di dalam sistem penyampaian awam. Usaha ini juga penting bagi meningkatkan keyakinan pelabur untuk terus melabur dan memberi kesan yang baik kepada rakyat dan negara.

 

 

Tarikh Input: 21/06/2022 | Kemaskini: 21/06/2022 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXETPAp~