Audit Dalam Vs Audit Luar | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» ARTIKEL » Audit Dalam vs Audit Luar

Audit Dalam vs Audit Luar

Carian artikal oleh : En. Mohd Nasarudin Ismail (Pembantu Tadbir Kewangan)

Sumber : https://www.planmalaysia.gov.my/index.php/en/soalan-lazim-rancangan-fizikal-negara/soalan-lazim-pengauditan/371-apakah-perbezaan-di-antara-audit-dalam-dan-audit-luar

 

Di sektor awam, fungsi audit luar adalah dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara, di mana kuasa dan tanggungjawab Ketua Audit Negara adalah ditetapkan melalui Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957. Manakala kuasa dan tanggungjawab Audit Dalam adalah berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Bil.9 Tahun 2004. Audit Luar bertanggungjawab kepada Parlimen mengenai akauntabiliti awam. Sebaliknya, Audit Dalam adalah sebahagian daripada sistem kawalan pengurusan di Agensi dan ia bertanggungjawab Terus kepada Ketua Pengarah.

 

Bagaimanakah pelaksanaan pengauditan oleh Audit Dalam dilaksanakan di agensi?

Pelaksanaan aktiviti pengauditan oleh Audit Dalam dibuat berdasarkan Rancangan Tahunan yang disediakan pada setiap awal tahun dan telah mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah. Selain itu, arahan khas dari semasa ke semasa yang diterima daripada Ketua Pengarah menjadi sumber kuasa dalam menjalankan pengauditan/siasatan khas berkaitan sesuatu isu yang tidak dijadualkan dalam Rancangan Tahunan.

 

Apakah peranan utama yang dimainkan oleh Audit Dalam di sesebuah agensi?

Pendekatan pengauditan yang dipraktikan oleh Audit Dalam adalah lebih berbentuk 'problem solver' berbanding 'fault finder'. Ini bermakna Audit Dalam mempunyai peranan penting dalam memastikan amalan terbaik sentiasa diamalkan oleh agensi dalam sebarang aktiviti melalui khidmat nasihat berbentuk syor penambahbaikan dan pembetulan apabila sesuatu kelemahan telah dapat dikenalpasti.

Bagaimanakah Bahagian Audit Dalam boleh membantu agensi mencapai objektifnya?

Bahagian Audit Dalam boleh membantu agensi mencapai objektifnya melalui perkara berikut:- 

a) Meningkatkan pengurusan kawalan dalaman kepada agensi. 

b) Membantu agensi mengenalpasti kelemahan serta amalan yang bercanggah dengan peraturan semasa dan seterusnya memberi syor penambahbaikan bagaimana sesuatu isu dapat diselesaikan. 

c) Membantu agensi meningkatkan akauntabiliti dan integriti dalam pengurusan kewangan.

 

Apakah maksud pengauditan?

Pengauditan boleh ditakrifkan sebagai satu pemeriksaan, analisa dan nilaian yang berterusan dan sistematik ke atas rekod kewangan dan operasi, aktiviti pentadbiran sesuatu organisasi bagi menentukan sama ada prinsip-prinsip am perakaunan, polisi-polisi pengurusan, peraturan dan prosedur yang berkuatkuasa sentiasa dipatuhi.

 

Apakah perbezaan di antara Audit Dalam dan Audit Luar?

Di sektor awam, fungsi audit luar adalah dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara, di mana kuasa dan tanggungjawab Ketua Audit Negara adalah ditetapkan melalui Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957. Manakala kuasa dan tanggungjawab Audit Dalam adalah berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Bil.9 Tahun 2004. Audit Luar bertanggungjawab kepada Parlimen mengenai akauntabiliti awam. Sebaliknya, Audit Dalam adalah sebahagian daripada sistem kawalan pengurusan di Agensi dan ia bertanggungjawab terus kepada Ketua Pengarah.

 

 

Tarikh Input: 01/07/2022 | Kemaskini: 01/07/2022 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEUQAO~