APAKAH TADBIR URUS KORPORAT YANG BAIK? | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» ARTIKEL » APAKAH TADBIR URUS KORPORAT YANG BAIK?

APAKAH TADBIR URUS KORPORAT YANG BAIK?

Artikel disediakan oleh : En. Sharul Azman Ramli (Pegawai Kewangan (Juruaudit))

 

Tadbir urus korporat ditakrifkan sebagai proses dan struktur yang digunakan untuk mengarah dan mengurus perniagaan dan hal ehwal sesebuah syarikat bagi meningkatkan keuntungan perniagaan dan kebertanggungjawaban korporat dengan tujuan utama untuk mencapai nilai jangka panjang pemegang saham tanpa mengenepikan kepentingan pihak berkepentingan lain.

 

Tadbir urus korporat memperuntukkan satu rangka kerja mekanisme kawalan bagi  menyokong sesebuah syarikat mencapai matlamatnya dan mencegah konflik yang tidak diingini. Antara unsur penting yang perlu ada dalam  tadbir urus korporat yang baik adalah:-

i)             Tingkah laku beretika;

ii)            Kebertanggungjawaban;

iii)           Ketelusan; dan

iv)           Kemampanan dalam pentadbiran.

 

Kod Tabir Urus Korporat Malaysia (MCGG) yang disediakan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia antara rujukan penting yang boleh digunakan sebagai panduan di dalam pelaksanaan tadbir urus yang baik sahaja bukan sahaja oleh Syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia tetapi juga boleh digunakan oleh syarikat tidak tersenarai,  syarikat milik kerajaan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang lain.

MCGG menyediakan kerangka menyeluruh yang boleh digunakan sebagai  panduan amalan tadbir urus korporat yang baik. Struktur  MCGG adalah seperti berikut:-

1.    Prinsip Tadbir Urus Korporat

MCGG disedia berasaskan 3 prinsip urus tadbir korporat yang baik iaitu:-

i)             Kepimpinan dan keberkesanan Lembaga Pengarah

ii)            Audit dan pengurusan risiko berkesan

iii)           Integriti dalam pelaporan korporat dan hubungan baik dengan pihak berkepentingan

 

2.    Hasil Yang Disasarkan

Hasil yang disasarkan memberi gambaran mengenai apa yang akan dicapai oleh sesebuah syarikat melalui amalan tadbir urusnya.

 

3.    Amalan

Amalan ialah tindakan, prosedur, atau proses yang syarikat perlu terima pakai untuk mencapai hasil yang disasarkan dengan mengambilkira keperluan undang-undang sedia ada.

 

4.    Panduan

Panduan yang boleh digunakan bagi mematuhi amalan bagi membantu syarikat mencapai hasil yang disasarkan.

     

Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (MCGG) yang lengkap boleh diperolehi melalui laman web www.sc.com.my

 

Rujukan:

Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (2017) yang diterbitkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

 

Tarikh Input: 23/03/2021 | Kemaskini: 23/03/2021 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXEUBAC~