AKAUNTAN PERLU GUNA TEKNOLOGI TERKINI UNTUK KEKAL RELEVAN | BAHAGIAN AUDIT DALAM
» ARTIKEL » AKAUNTAN PERLU GUNA TEKNOLOGI TERKINI UNTUK KEKAL RELEVAN

AKAUNTAN PERLU GUNA TEKNOLOGI TERKINI UNTUK KEKAL RELEVAN

Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/14023/berita/nasional/akauntan-perlu-guna-teknologi-terkini-untuk-kekal-relevan

 

Carian artikel oleh : Cik Nur Azira Binti Mohd Idris(Pelajar Praktikal)

 

PETALING JAYA - Akauntan tempatan perlu menerima pakai teknologi terkini seperti pengkomputeran awan, blockchain, analisis data besar dalam organisasi mereka untuk kekal relevan, kata Persatuan Akauntan Profesional Bertauliah Antarabangsa (AICPA).

"Seseorang akauntan perlu mampu memahami serta mahir dengan ciri-ciri teknologi tersebut dan kemudian mengguna pakai kemudahan itu dalam organisasi mereka," kata Naib Presiden Eksekutif Perakaunan Pengurusan, Penyelidikan dan Kurikulum, Dr. Noel Tagoe kepada pemberita di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru bakat-bakat tempatan untuk meningkatkan kemahiran serta tahap kecekapan mereka. Dalam dunia hari ini, pelanggan adalah lebih mencabar serta mampu membuat penilaian, mereka tidak lagi sekadar membeli produk dan gunakan.

"Pengguna bukan lagi sekadar membeli produk, mereka sebenarnya membeli nilai dalam produk tersebut dan ini berdasarkan daripada pengalaman yang mereka dapat apabila mereka mula-mula membeli sesuatu barangan," katanya lagi. Beliau memberi contoh ke atas industri perbankan yang telah mula aktif menggunakan teknologi bagi membantu pelanggan membuat pembayaran secara dalam talian tanpa perlu membawa banyak wang tunai.

"Sistem seperti ini akan menghapuskan kebimbangan di kalangan pelanggan atau pengguna perbankan dalam talian bahawa wang mereka tidak akan hilang jika mereka keciciran dompet atau jika mereka kehilangan telefon mudah alih.

"Ini juga membantu kerajaan Malaysia mengurangkan kos percetakan mata wang tempatan. Menambah atau mencetak lebih banyak tunai bermakna meningkatkan kos tetapi terima kasih kepada pembayaran dalam talian melalui sistem elektronik, ia tidak menanggung sebarang kos," katanya.

Sementara itu, Institut Akauntan Pengurusan Bertauliah (CIMA) hari ini mendedahkan kebanyakan pasukan kewangan dan profesional tidak mengembangkan kemahiran mereka dengan cukup pantas untuk menangani kesan kecerdasan buatan, proses automasi dan lain-lain teknologi.

Majoriti (lebih 50 peratus) daripada pemimpin-pemimpin kewangan global berkata kecekapan pasukan mereka perlu "berubah dengan ketara" dalam tempoh tiga tahun memandangkan teknologi baharu telah mula mengambil alih tugas-tugas tradisional.

Dalam laporan "Mereka Semula Kewangan untuk Dunia Digital”, ia juga mendedahkan bahawa 61 peratus daripada profesional kewangan yang dikaji menjangkakan lebih 20 peratus daripada tugas kewangan akan diselesaikan secara automatik dalam tempoh tiga tahun akan datang.

AICPA merupakan badan akauntan profesional yang paling berpengaruh, ia menggabungkan kekuatan Institut Akautan Awam Bertauliah Amerika dan CIMA bagi menjana peluang, kepercayaan serta kemakmuran untuk orang awam, perniagaan dan ekonomi di seluruh dunia. Ia mewakili 667,000 anggota dan pelajar dalam perakaunan pengurusan serta awam termasuk pendukung untuk kepentingan awam dan kemampanan perniagaan mengenai isu-isu semasa. - Bernama

Tarikh Input: 21/09/2022 | Kemaskini: 21/09/2022 | nurmiera

PERKONGSIAN MEDIA

BAHAGIAN AUDIT DALAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1346
03-9769 6176
SXDcUAJ~